Pengenalan Maxis e-Kelas 2020

17 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 16 Febuari 2020, Pusat Internet Tebelu telah mengadakan Kelas Pengenalan dan pendaftaran baru Maxis e-Kelas 2020 yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang bertempat di Pusat Internet Tebelu. Kelas ini telah di sertai oleh 10 orang pelajar daripada darjah 6 SK Tebelu.Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi gambaran awal pada peserta mengenai program e-Kelas ini dan manfaatnya kepada pelajar terutamanya dalam pembelajaran mereka nanti. Untuk makluman e-Kelas 2020 akan bermula pada 6 Mac 2020 nanti. Diharap pada tahun ini e-Kelas mendapat sambutan baik dan ramai dari pelajar Pusat Internet Tebelu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali